
Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0014A (jam 7:45 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.
Saya menunggu di kerusi bahagian dalam. Nombor 0014A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0015 (jam 8:01 AM) di kaunter 2. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.
Nombor N0015 dipanggil ke Triage 1A. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (143/87) dan kadar nadi (83). Juga mencatat berat saya 48 kilogram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).
Nombor N0015 dipanggil ke Bilik 9(C) berjumpa doktor (Dr Abdul Hadi bin Abdullah). Dia melihat laporan pemeriksaan kesihatan yang lepas di dalam komputer. Saya menunjukkan bacaan tekanan darah yang diperiksa di rumah (Home BP Monitoring) yang ditulis ke dalam buku berwarna hijau. Di rumah, saya menggunakan alat jenis miivio (JD-719) untuk Monitor Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor). Digital Automatik (Automatic Digital).
Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 40mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 8063. Ambil Perindopril 8mg Tablet (1 biji 1 kali sehari) sebelum sarapan pagi dan Amlodipine 10mg Tablet (1 biji 1 kali sehari) selepas sarapan pagi. Ambil Atorvastatin 80mg Tablet (1/2 biji 1 kali sehari) sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada jam 9:03 AM.
Saya ke Gerai Nasi Berlauk Kg Air Dingin di sebelah KKK sebelum mendapatkan kereta dan memandunya pulang ke rumah TJ.