Khamis, 11 Disember 2025

Lenovo Chromebook 2025

Kajang, 11/12/2025 (Khamis) - Di Selangor, hari ini merupakan Cuti Umum Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Saya sedang berada di rumah TJ. Saya telah memesan sebuah Lenovo (N23) Chromebook terpakai yang asli (tulen) model MTM: 80YS daripada TikTok Shop pada hari Selasa, 9 Disember 2025 ketika berada di Sekasih dan barang yang dipesan telah sampai hari ini (Khamis, 11 Disember 2025) ke rumah SI (bukan rumah TTD). Dari rumah TJ, saya mengambilnya di rumah SI dan kembali ke rumah TJ.

Penghantaran barang cuma mengambil masa dua hari dari Klang ke KajangPengeluaran GrabPay Wallet J pada 11/12/2025 (Khamis) sebanyak RM103.19 bagi pesanan 09/12/2025 (Selasa) untuk TikTok PayLater.

Lenovo (N23) Chromebook ini bersaiz 11.6 inci pada skrinnya (Touch Screen, Intel Celeron / 4GB RAM / 16GB Solid State Drive). Berat komputer ini kira-kira 1.25 kilogram sahaja. Saya menulis artikel ini menggunakan Chromebook yang baru diterima.

Sistem Operasi Chrome atau Chrome Operating System (OS) adalah usaha Google untuk menjadikan sistem operasi berasaskan sumber terbuka diguna secara meluas pada komputer riba. Cara Chrome OS berfungsi amat berlainan sekali dengan Windows, Mac OS (Macintosh Operating System) dan Ubuntu (salah satu Sistem Operasi Linux). Ini kerana Sistem Operasi Chrome ditumpukan sebagai OS yang membuatkan internet menjadi pusat kesemua aktiviti perkomputeran. Chrome OS melibatkan aktiviti perkomputeran awan. Kesemua aplikasi, perisan, permainan dan data-data penting bertumpu di internet. Kita akan menaip, menyunting dokumen serta gambar, menonton video, bermain permainan dan mendengar lagu di internet. Kita akan menyimpan data di internet. Data tidak disimpan dalam cakera keras di dalam komputer, sebaliknya ia dimuat naik ke internet iaitu ke akaun cakera maya seperti di Google Drive atau SkyDrive. Data itu pula kemudiannya dapat dilihat, dibuka, disunting melalui internet dari mana-mana lokasi fizikal sama ada di rumah, dalam kereta, restoran, bilik tidur dan lain-lain tempat asalkan ada internet.

Chromebook menggunakan bahasa yang kita pilih semasa mula-mula menyediakan peranti. Jika kita mahu menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, kita boleh menukarnya dalam menu ‘Tetapan’. Log masuk ke Chromebook jika belum berbuat demikian. Klik bahagian status di penjuru kanan sebelah bawah, tempat gambar akaun dipaparkan. Pilih ‘Tetapan’ dan klik ‘Paparkan Tetapan Lanjutan’ di bahagian bawah halaman. Dalam bahagian ‘Bahasa’, klik butang ‘Tetapan Bahasa dan Input’. Selepas itu, kita boleh melaraskan tetapan untuk bahasa paparan, bahasa penyemak ejaan dan bahasa halaman web. Jika bahasa yang ingin digunakan tidak ditunjukkan dalam senarai di sebelah kiri, klik butang ‘Tambah’ dan pilih bahasa yang ingin digunakan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.