Kajang, 26/02/2026 (Khamis) - Saya dan isteri telah menerima maklumat penerbangan haji daripada pihak Tabung Haji (TH) pada petang 26 Februari 2026 (Khamis) 8 Ramadan 1447.Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus (menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. (Surah al-Hajj: Ayat 27).
Kebiasaannya, penerbangan pergi ke Tanah Suci yang diuruskan oleh pihak TH akan bermula dari 1 Zulkaedah tahun semasa hingga ke 3 Zulhijjah tahun semasa. Penerbangan balik pula dijangka akan bermula dari 18 Zulhijjah tahun semasa hingga ke 15 Muharam tahun berikutnya.