Sabtu, 9 Mei 2026

Perjalanan Haji 1447 Minggu 1 Sesi 2026

Hari keempat, 3 Mei 2026 (Ahad) 15 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 16 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berada di Bilik 918 (bilik berenam) serta Bilik 920 (bilik berenam), Emaar Elite Hotel (EEH). Bersarapan pagi di dalam bilik hotel. Ulang alik, pergi dan balik ke Masjid Nabawiy serta hotel ketika waktu solat. Kadang-kadang tidak balik ke hotel yang jaraknya kira-kira 120 meter sahaja melalui pintu pagar masjid yang bernombor 326. Pagi ini, pihak pengurusan Tabung Haji (TH) membawa jemaah haji perempuan ke Raudhah Nabi Muhammad s.a.w. Kami berdua mengambil pakaian yang sudah dibersihkan oleh kedai dobi bergerak. Minum pagi di SUB Corner sebelum ke masjid sebelum waktu tengah hari. Kemudian, pergi juga ke Anuar AL-Madinah Mall. Kali pertama menggunakan Kad Debit Visa Tabung Haji Bank Islam di Automatic Teller Machine kepunyaan AR-Rajhi Bank di luar negara. Kami berdua membeli belah di Grand Plaza AL-Madinah. Petang ini, pihak pengurusan TH membawa jemaah haji lelaki ke Raudhah Nabi. Makan tengah hari dan makan malam disediakan di Kaunter Edaran Makanan, tingkat M, EEH. Taklimat pengurusan TH pada waktu malam. Naik lif ke bilik hotel di tingkat 9.

Hari kelima, 4 Mei 2026 (Isnin) 16 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 17 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 masih berada di Madinah. Berulang alik, pergi dan balik dari EEH ke Masjid Nabawiy. Kami berdua minum di Jabarano Coffee dan pergi ke Bin Dawood. Beg bagasi kargo kami (KT040B) dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Waktu petang, naik teksi ke Jalan Korban. Makan daging unta bakar dan lain-lain di Restoran Majid Saleh Sulaiman AR-Rajbi. Naik TRIP dan berjalan kaki ke Masjid Nabawiy.

Hari keenam, 5 Mei 2026 (Selasa) 17 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 18 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 untuk hari terakhir berada di Madinah pada tahun 2026 ini. Jemaah haji KT040B menaiki bas dari Madinah ke Mekah. Berniat ihram di Miqat Bir Ali (Masjid Zulhulaifah). Berhenti di Kawasan Rehat Wadi AL-Fura'. Tiba di Mekah dan masuk ke Hotel Abraj AL-Janadriyah yang dikenali sebagai AL-Janadriyah Towers Hotel (JTH). Maktab 66. Beg bagasi kargo telah berada di depan pintu Bilik 352 (bilik berenam) dan Bilik 362 (bilik berenam). Taklimat pengurusan TH pada waktu malam. Jemaah haji berkumpul di JTH untuk pergi ke Masjid Haram. Jeehan75 sebagai jurubahasa untuk Bahasa Arab. Jarak JTH ke Masjid Haram ialah kira-kira 700 meter. Masuk ke Masjid Haram untuk melakukan tawaf, Sai dan tahallul.

Hari ketujuh, 6 Mei 2026 (Rabu) 18 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 19 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 masih berada di Masjid Haram. Pulang ke JTH. Kedai dobi dan lain-lain ada di tingkat G. Naik lif ke bilik hotel melalui tingkat P, R, 1, 2 dan 3. Berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Pihak pengurusan TH menyediakan makan tengah hari dan makan malam untuk jemaah haji.

Hari kelapan, 7 Mei 2026 (Khamis) 19 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 20 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Kali pertama naik ke atas bumbung JTH di tingkat 16. Membuat ampaian dan menjemur pakaian. Taklimat pengurusan TH pada waktu pagi. Sempat singgah ke kedai berhampiran JTH. Kami berdua juga makan dan minum petang di Hajj Cafeteria di tingkat G.

Hari kesembilan, 8 Mei 2026 (Jumaat) 20 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 21 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Menghadiri majlis ramah mesra Mohd Hisham Harun, Ketua Rombongan Haji TH bersama jemaah haji Malaysia di tingkat P pada waktu pagi sebelum bergerak ke Masjid Haram. Bagi pergerakan pada 9:47 AM persediaan menunaikan solat Jumaat, laluan di pintu masjid yang bernombor 166 bangunan baharu, ia dibuka untuk naik ke tingkat atas dengan tangga bergerak. Azan Zohor (Jumaat) pada 12:17 PM. Turun dari tingkat 2 tempat solat Jumaat melalui tangga bergerak di tingkat 1, M, G dan keluar di pintu 155. Kami berdua sempat makan dan minum malam di Hajj Cafeteria di tingkat G.

Hari kesepuluh, 9 Mei 2026 (Sabtu) 21 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 22 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Membeli makanan untuk sarapan pagi di gerai-gerai berhampiran pintu masuk tingkat G, JTH dan makan bersila di bahagian dalam. Tambahan belian makanan dan minuman di Hajj Cafeteria di tingkat G. Kemudian, membeli-belah (membeli berbagai-bagai jenis barang) di tempat yang sama, di luar JTH. Ada juga barang-barang yang di beli di kedai tingkat G. Taklimat pengurusan TH pada waktu pagi. Ketika ini, saya sedang berada di dalam Masjid Haram. 12:43 PM (waktu Arab Saudi) bersamaan dengan 5:43 PM (waktu Malaysia). Arab Saudi (GMT+3) dan Malaysia (GMT+8).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.