Sabtu, 17 Oktober 2026

Sekolah Ketika Situasi Jerebu 7 Hari Setakat 17 Oktober 2026

Kajang, 17/10/2026 (Sabtu) - Saya sedang berada di rumah TJ.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Status operasi sekolah sepanjang minggu ini semasa jerebu pada Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu (11, 12, 13, 14, 15, 16 dan 17 Oktober 2026) berdasarkan negeri, wilayah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

11 Oktober 2026 (Ahad) 29 Rabiulakhir 1448. Kedah, Terengganu dan Kelantan (semua sekolah dibuka). Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Labuan dan Sabah (cuti pangkal minggu).

12 Oktober 2026 (Isnin) 1 Jamadilawal 1448. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Labuan dan Sabah (semua sekolah dibuka). Selangor (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana). Kuala Lumpur (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Bangsar dan PPD Pudu). Johor (semua sekolah ditutup).

13 Oktober 2026 (Selasa) 2 Jamadilawal 1448. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Labuan dan Sabah (semua sekolah dibuka). Selangor (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat dan PPD Sepang). Pahang (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Kuantan dan PPD Rompin). Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (semua sekolah ditutup).

14 Oktober 2026 (Rabu) 3 Jamadilawal 1448. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu, Kelantan dan Labuan (semua sekolah dibuka). Selangor (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Hulu Langat dan PPD Sepang). Pahang (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Kuantan, PPD Pekan dan PPD Rompin). Sarawak (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Serian, PPD Sri Aman dan PPD Lubok Antu). Sabah (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Tawau). Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (semua sekolah ditutup).

15 Oktober 2026 (Khamis) 4 Jamadilawal 1448. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Labuan dan Sabah (semua sekolah dibuka). Johor (semua sekolah ditutup).

16 Oktober 2026 (Jumaat) 5 Jamadilawal 1448. Kedah, Terengganu dan Kelantan (cuti hujung minggu). Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak, Labuan dan Sabah (semua sekolah dibuka). Selangor (sekolah dibuka kecuali sekolah di bawah pentadbiran PPD Klang, PPD Kuala Selangor, PPD Kuala Langat, PPD Hulu Langat, PPD Gombak, PPD Sepang, PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling Utama). Johor (semua sekolah ditutup).

17 Oktober 2026 (Sabtu) 6 Jamadilawal 1448. Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Labuan dan Sabah (cuti hujung minggu).

Pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan bagi memastikan kelanjutan sesi persekolahan. Guru dan dan anggota kumpulan pelaksana diarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR) tertakluk kepada arahan semasa. Saya, isteri dan anak-anak telah melaksanakan BDR dan PdPR semasa penutupan sekolah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.