
Saya masih teringat kepada kawan-kawan yang berbangsa Arab dari Palestin. Kami belajar di universiti yang sama ketika itu. Mereka terpaksa berhijrah ke negara Jordan. Mujurlah raja Jordan ketika itu menerima mereka. Jika dilihat kesan peperangan yang berlaku, rasanya tidak sanggup menghadapinya. Bayangkan jika ia terjadi di negara kita. Apakah persediaan kita semua? Kita doa'kan semoga saudara seagama yang berada di sana teruskan perjuangan menentang musuh-musuh Allah. Sesungguhnya orang-orang yang berjihad di jalan Allah (fi sabilillah) amat mulia di sisi Allah.
Sebagai persediaan untuk bertemu Allah, marilah sama-sama kita mantapkan Iman. Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang Iman kita kuat dan kadang-kadang Iman kita lemah. Orang Islam mestilah beriman. Tidak ada guna jika beragama Islam tetapi tidak menghayati Rukun Islam dan Rukun Iman.
Setakat itu dulu untuk kali ini. Jika ada kesempatan, jumpa lagi. Wassalam.