Majlis dimulakan dengan perarakan masuk murid-murid Tahun 6. Diikuti dengan barisan tenaga akademik, barisan pentadbir sekolah dan para jemputan khas. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Saya mengucapkan kata-kata aluan sebagai pengacara majlis. Doa’ majlis pula dipimpin oleh Ustaz Saaban. Seterusnya saya mempersilakan Puan Adonie, Guru Besar SKTP untuk menyampaikan ucapannya. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Encik Isvaran, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTP sesi 2009/2010.
Majlis Graduasi diteruskan selepas persembahan Dikir Barat. Anugerah-anugerah untuk murid-murid Tahun 6 seperti Anugerah Murid Cemerlang, Anugerah Cemerlang Mata Pelajaran, Anugerah Hadiah Galakan, Anugerah Cemerlang bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (5A), Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan Anugerah Tokoh Murid juga disampaikan.
Majlis berhenti rehat. Selepas rehat, Cikgu Rozita mengambil alih tugas pengacara majlis untuk anugerah kecemerlangan bagi murid-murid Tahun 1 hingga 5.