Sabtu, 17 April 2010

Lesen Memandu Jordan

Saya telah berada di negara Jordan pada tahun 1993 hingga 1998 kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di University of Jordan. Banyak kenangan yang saya telah lalui di sana. Umur saya ketika itu ialah di antara 18 hingga 23 tahun.

Antara perkara menarik yang hendak saya catatkan di sini ialah berkenaan Lesen Memandu Jordan. Sebelum pergi ke Jordan, saya tidak pernah memandu kereta. Cuma pernah menunggang motosikal sahaja. Ketika berada di Jordan iaitu sekitar tahun 1997, saya mengambil keputusan untuk belajar memandu kereta. Saya menduduki ujian bertulis dalam Bahasa Arab untuk pertama kalinya dan terus lulus.

Kelas belajar memandu pun bermula. Yang menariknya, pengalaman pertama saya memandu kereta ialah pemandu berada di sebelah kiri. Berbeza di Malaysia, pemandunya berada di sebelah kanan. Saya diuji memandu dan lulus serta berjaya mendapatkan lesen memandu untuk tempoh 10 tahun (19 Mac 1997 hingga 18 Mac 2007).

Selepas berjaya mendapatkan lesen memandu, saya menyewa kereta dan bersiar-siar di sekitar bandar Amman untuk membiasakan diri memandu di jalan raya. Pada tahun 1998, saya telah kembali ke Malaysia kerana telah menamatkan pengajian di Jordan.

Di Malaysia, saya membuat urusan dengan pihak Kedutaan Jordan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia. Permohonan saya diluluskan tanpa perlu menduduki ujian memandu kerana Lesen Memandu Jordan diiktiraf oleh JPJ Malaysia. Saya cuma perlu membiasakan diri dengan pemanduan di sebelah kanan ketika itu.

Lesen Memandu Malaysia, kelas D ialah motokar BTM tidak melebihi 3000 kg. Lesen Memandu Jordan pula menggunakan format "Type 3, private trucks whose net load does not exceed 2500 kg".

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.