Jumaat, 9 April 2010

Khutbah Jumaat 09042010

Kajang, 09/04/2010 – Saya pergi ke Masjid Jabatan Penjara Malaysia untuk menunaikan solat Jumaat. Saya tiba di masjid sebelum azan Zohor berkumandang. Waktu Zohor hari ini ialah pada jam 1:18 petang. Sebelum menunaikan solat Jumaat, khutbah telah disampaikan oleh khatib yang bertugas. Khutbah Jumaat kali ini membincangkan tajuk berkenaan kecelakaan riba dan kesannya dalam kehidupan.

Khatib membacakan ayat al-Qur’an berkenaan larangan melakukan riba dan perintah untuk bertakwa. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan riba yang berganda-ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat kemenangan. (Surah Ali Imran: Ayat 130).

Riba menurut Bahasa Arab ialah az-Ziyadah (tambahan) atau kenaikan. Istilah syara’ pula bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman. Manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan mata wang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza atau perbezaan waktu pertukaran.

Riba diharamkan oleh agama Islam dan agama-agama para nabi terdahulu. Mengamalkan riba merupakan dosa besar. Kita mesti menjauhkan amalan tersebut. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yan beriman. (Surah al-Baqarah: Ayat 278).

Umat Islam amat prihatin terhadap halal dan haram dalam pemakanan. Harus diingat, sumber pendapatan untuk membeli makanan tersebut juga mesti daripada sumber yang halal. Perbankan Islam merupakan pilihan kepada kita untuk menjauhkan riba. Orang yang terlibat dengan riba akan dicabut kerahmatan di dalam hidupnya. Bagi mendapat keberkatan di dalam hidup, tinggalkan riba. Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: Ayat 275).

Itu ialah antara isi-isi penting yang sempat saya catat semasa mendengar khutbah Jumaat tadi. Diharap dengan catatan ringkas ini, dapat sama-sama kita bermuhasabah atau pun menghitung diri untuk sama-sama menyokong produk perbankan Islam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.