Sabtu, 16 Mei 2026

Perjalanan Haji 1447 Minggu 2 Sesi 2026

Hari kesebelas, 10 Mei 2026 (Ahad) 22 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 23 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina78 berada di Bilik 352 (bilik berenam) serta Bilik 362 (bilik berenam), Hotel Abraj AL-Janadriyah yang dikenali sebagai AL-Janadriyah Towers Hotel (JTH). Maktab 66. Kami berdua daripada jemaah haji KT040B dengan Tabung Haji (TH). Berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Jarak JTH ke Masjid Haram ialah kira-kira 700 meter. Pagi sebelum Subuh hari ini, saya dan beberapa orang jemaah haji lelaki sempat pergi ke Masjid Jin dengan berjalan kaki. Makanan untuk sarapan pagi boleh dibeli di gerai-gerai berhampiran pintu masuk tingkat G, JTH. Minuman pula boleh dibeli di Hajj Cafeteria. Pihak pengurusan TH menyediakan makan tengah hari dan makan malam untuk jemaah haji. Malam, saya sempat juga membeli makanan (shawarma lembu dan shawarma ayam) dari sebuah restoran di AS-Safwah Towers.

Hari kedua belas, 11 Mei 2026 (Isnin) 23 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 24 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina7 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Pagi sebelum Subuh hari ini, kami berdua dan rakan-rakan sempat pergi ke Masjid Jin dengan berjalan kaki. Membeli makanan untuk sarapan pagi di gerai-gerai berhampiran pintu masuk tingkat G, JTH dan makan bersila di bahagian dalam. Kami berdua berjalan kaki dan masuk ke perkarangan Masjid Haram. Terus berjalan kaki ke Stesen Bas Jarwal. Naik bas Tabung Haji secara percuma ke Hotel Abraj AT-Tayseer yang dikenali sebagai AT-Tayseer Towers Hotel (TTH). JTH terletak di Zon B dan TTH terletak di Zon A. Ziarah rakan-rakan di sana dan membeli barang. Kembali menaiki bas dan berjalan kaki ke Masjid Haram. Pergi ke The Clock Towers. Kemudian, makan dan minum di AS-Safwah Towers. Masuk ke Masjid Haram. Makan tengah hari (menu istimewa, nasi unta) di The Clock Towers sempena hari ulang tahun kelahiran isteri. Taklimat pengurusan TH pada waktu malam.

Hari ketiga belas, 12 Mei 2026 (Selasa) 24 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 25 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina7 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Berada di gerai-gerai di luar JTH tingkat G pada waktu pagi. Jeehan75 membuat pemeriksaan tekanan darah dan berjumpa doktor perubatan kerana batuk di klinik TH, tingkat P. Ambil ubat di farmasi, tingkat R. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu malam.

Hari keempat belas, 13 Mei 2026 (Rabu) 25 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 26 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina7 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Berada di South Asia Restaurant pada waktu pagi. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu malam.

Hari kelima belas, 14 Mei 2026 (Khamis) 26 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 27 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina7 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Berada di Kafereria AL-Amanah pada waktu pagi. Berjalan kaki ke Masjid Abu Tamim sebelum Zohor. Berada di Hajj Cafeteria pada waktu malam.

Hari keenam belas, 15 Mei 2026 (Jumaat) 27 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 28 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina7 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Berada di AL-Bukhari Restaurant pada waktu pagi (menu istimewa, kari unta). Berada di Hajj Cafeteria pada waktu malam.

Hari ketujuh belas, 16 Mei 2026 (Sabtu) 28 Zulkaedah 1447 (GMT+8) dan 29 Zulkaedah 1447 (GMT+3). Jeehan75 dan Lina7 berulang alik, pergi dan balik dari JTH ke Masjid Haram. Berjalan kaki ke Masjid Abu Tamim sebelum Subuh. Berada di gerai-gerai di luar JTH tingkat G pada waktu pagi. Sambutan Hari Guru Malaysia peringkat negara diadakan di JTH tingkat 1. Jeehan75 membuat bayaran untuk korban seekor kambing (RM810.00) melalui aplikasi THiJARI. Lina78 telah membuatnya seperti itu juga untuk korban seekor kambing (RM810.00). Ada cadangan melakukan umrah pada waktu malam. Ketika ini, saya sedang berada di JTH. 4:37 PM (waktu Arab Saudi) bersamaan dengan 9:37 PM (waktu Malaysia). Arab Saudi (GMT+3) dan Malaysia (GMT+8).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.