Jumaat, 8 Oktober 2010

Khutbah Jumaat 08102010

Kajang, 08/10/2010 – Saya pergi ke Surau Jenaris di Jalan Jenaris 3 untuk menunaikan solat Jumaat. Saya tiba di surau sebelum azan Zohor berkumandang. Waktu Zohor hari ini ialah pada jam 1:04 petang. Sebelum menunaikan solat Jumaat, khutbah telah disampaikan oleh khatib yang bertugas. Khutbah Jumaat kali ini membincangkan tajuk berkenaan kematian dan kehidupan selepas mati.

Umur manusia sekarang jarang melebihi 100 tahun. Purata umur manusia sekarang ialah 60 hingga 80 tahun sahaja. Setiap manusia pasti mati dan meninggalkan dunia. Para nabi dan rasul juga meninggal dunia (wafat).

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (Surah an-Nisak: Ayat 78).

Manusia berasal daripada tanah dan kembali kepada tanah. Roh yang menyebabkan kita hidup. Alam barzakh akan dihadapi oleh kita semua. Bagi jenazah yang beriman, alam barzakh merupakan tempat yang damai untuknya. Akhir zaman ini, sedikit sahaja daripada kita yang mengingati mati. Buatlah persediaan untuk kehidupan selepas mati.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Setiap yang berjiwa akan marasakan mati dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran: Ayat 185).

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi memang memeritkan. Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. juga mesti diterima oleh umatnya. Allah S.W.T. sahaja yang tidak mati. Para nabi dan malaikat pun cuma mengetahui sebahagian sahaja daripada perkara-perkara ghaib. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh serta padang mahsyar menanti kedatangan kita.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Dia ialah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. (Surah al-Jin: Ayat 26 dan 27).

Juga telah berfirman: Maksudnya: Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul dan telah berlalu (wafat) sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh (khabar angin ketika perang Uhud), kamu berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (Surah Ali Imran: Ayat 144).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.