Selasa, 15 Februari 2011

Bukti Kekuasaan Allah

Cuba lihat di sekeliling kita. Tidakkah kita akan melihat kehebatan Allah yang telah menjadikan alam ini? Ia terbentang luas. Awan yang berarak, langit yang membiru, planet, cakerawala, matahari, bulan dan sebagainya. Begitu harmoni dan sempurna.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan kesemuanya berpasangan sama ada yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri serta dari apa yang mereka tidak tahu. Juga suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) untuk mereka ialah malam. Kami tinggalkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan. Juga matahari yang bergerak di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Juga bulan yang telah Kami tetapkan beredar melalui beberapa peringkat sehingga kembalinya (ke peringkat awalnya) seperti bentuk tandan yang tua (tandan kering yang melengkung). Tidak mudah bagi matahari mendapatkan (mengejar) bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana masing-masing beredar di atas garisannya. (Surah Yasin: Ayat 36, 37, 38, 39 dan 40).

Cuba kita tanya pada diri sendiri. Adakah tidak cukup lagi bukti bahawa Allah yang telah menjadikan alam ini? Kita mesti yakin bahawa Allah telah menunjukkan tanda-tanda tersebut supaya manusia beriman kepada-Nya. Bukalah mata, jangan butakan hati dan minda kita. Saksikanlah semua petanda yang telah ditunjukkan dan kita tidak mampu menafikannya. Ia merupakan petunjuk yang benar dan jalan yang lurus. Dekatkan diri kita sentiasa kepada Allah.

Cuba kita lihat ke dalam diri sendiri. Ia sungguh teratur. Allah telah menciptakan manusia. Lahir sebagai seorang bayi yang lemah dan tidak bermaya. Kemudian dia membesar. Ia adalah keajaiban hidup yang amat hebat. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam