Sabtu, 26 Februari 2011

Karnival Maher Zain 2011

Shah Alam, 26/02/2011 – Saya tiba di perkarangan Stadium Malawati kira-kira jam 3:00 petang tadi setelah memandu kereta dari Kajang. Saya ke sini kerana menghadiri Karnival “Maher Zain Live In Concert” di perkarangan stadium tersebut. Perjalanan pergi saya dari Kajang ke Shah Alam petang tadi melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18), Lebuhraya SKVE "South Klang Valley Expressway" (E26) dan Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (E6). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E26 masuk melalui Plaza Tol Ayer Hitam dan keluar melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra. Di E6 masuk melalui Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan keluar melalui Plaza Tol Ebor.

Karnival “Maher Zain Live In Concert” diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2011 di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam. Karnival ini menghimpunkan pengusaha-pengusaha dalam perniagaan produk-produk muslim seperti produk kesihatan, kewangan, kecantikan dan lain-lain.

Program di pentas utama karnival yang saya sempat lihat tadi ialah Demo Memasak bersama Anis serta Chef Faizal Ng, Gaya si Cilik bersama Asuh, Promosi Produk-produk Muslim dan Slot bersama UNIC. Kumpulan nasyid UNIC juga mempromosikan produk-produk keluaran mereka serta menyampaikan beberapa buah lagu nasyid.

Terdapat lebih daripada 60 buah gerai pameran dan jualan. Khemah-khemah yang terdiri daripada gerai makan dan surau juga telah disediakan di karnival ini.

Saya sempat bersembang dengan seorang ahli kumpulan nasyid Rabbani iaitu saudara Azadan bin Abdul Aziz di salah sebuah gerai yang terdapat di karnival ini. Juga sempat berjumpa dengan seorang bekas pelajar saya setelah dia menegur saya ketika hendak pulang tadi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.