Khamis, 10 Mac 2011

Malaikat Jadi Tentera

Semasa berlakunya Perang Badar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera Islam bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.

Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraisy. Seteleh mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah kembali ke tempat khusus untuk bermunajat dan bermohon restu kepada Allah: “Ya Allah kirimkanlah bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah tunaikanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini”.

Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi bertambah sengit. Tentera Islam berjuang dengan penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa’ dengan bersungguh-sungguh sehingga terjatuh kain serban dari atas bahunya. Abu Bakar terpaksa meletakkannya semula di atas bahu Baginda lalu berkata: “Cukuplah wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhanmu”.

Ketika itu, Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan pula kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah al-Anfal: Ayat 9).

Baginda terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu Bakar bahawa Jibril telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihak musuh. Kemudian Baginda keluar ke hadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Quraisy. Baginda berkata, “Musnah kalian semua”, sambil melontar pasir itu ke arah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah, pasir itu terkena telinga, mata, hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur.

Pengajaran: Allah telah memperingatkan kepada umat Islam agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi musuh, sama ada persiapan dari segi fizikal, jiwa dan hubungan hati dengan Allah atau kelengkapan senjata. Tetapi persiapan yang paling utama ialah persiapan iman dan takwa.

SUMBER: SOLUSI. Isu No. 2. Edisi Ulang Cetak.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.