Isnin, 2 Mei 2011

Mencari Duit Yang Hilang

Pada satu malam, seorang lelaki membawa anaknya berjalan melewati satu tempat. Terdapat tiang lampu di tempat itu. Seorang kanak-kanak duduk termangu di bawah sinaran lampu itu.

Seorang kanak-kanak lagi teraba-raba di satu kawasan berumput yang tidak diterangi cahaya, bersebelahan tiang lampu tadi. Dia seperti sedang mencari-cari sesuatu di celah-celah rumput itu.

“Apa yang kamu cari?” soal lelaki itu kepada kanak-kanak yang sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu itu.

Kanak-kanak itu memandang si lelaki dan menjawab, “Saya mencari duit saya yang tercicir di sini tadi.”

Lelaki itu tersenyum dan berpaling pula kepada kanak-kanak yang sedang duduk termangu.

“Kenapa pula dengan kamu? Kamu menunggu apa di sini?”

Kanak-kanak itu mengangkat dagu dan berkata, “Duit saya pun hilang di situ tadi.”

“Habis kenapa kamu tidak mencarinya?” Tanya lelaki itu.

Kanak-kanak itu menjawab dengan selamba, “Tempat itu gelap, macam mana saya nak cari.”

Lelaki itu menggeleng-geleng dan berlalu pergi bersama anaknya.

Setelah agak jauh, lelaki itu berkata kepada anaknya, “Apa yang kamu dapat pelajari?”

Si anak mengangkat bahu dan memandang ayahnya.

“Duit yang hilang di tempat gelap itu ibarat ilmu agama yang hilang daripada umat Islam hari ini. Kanak-kanak yang mencarinya ibarat penuntut yang berusaha mencari ilmu yang hilang itu. Lambat-laun dia akan menemuinya. Kanak-kanak yang duduk saja itu ibarat orang yang malas menimba ilmu. Dia tidak akan dapat apa-apa.”

Cuit-Cuit: Ilmu agama adalah harta umat Islam yang hilang pada akhir zaman. Ia perlu dicari.

SUMBER: Anis. Oktober 2010.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.