Ahad, 22 Mei 2011

Report Day 1/2011 @ Tadika Permata Harapan

Kajang, 22/05/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Tadika Permata Harapan di Impian Murni pagi ini. Tadika tempat anak sulung dan anak kedua saya belajar telah mengadakan hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali pertama untuk tahun 2011.

Anak sulung saya yang berumur enam tahun telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun pada 9, 10 dan 11 Mei 2011 yang lalu. Ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut. Anak kedua saya yang berumur empat tahun belum didedahkan dengan peperiksaan.

Anak sulung saya mula ditempatkan di tadika ini pada bulan Januari 2010 iaitu sejak dia berumur lima tahun. Anak kedua saya pula mula ditempatkan di sini pada bulan Januari 2011 ini. Manakala anak ketiga saya yang lahir pada tahun 2010 ditempatkan di Taska Kasih Kita yang tidak berapa jauh dari Tadika Permata Harapan.

Anak sulung dan anak kedua saya belajar di tadika ini pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai jam 7:30 pagi hingga 11:30 pagi. Oleh kerana saya dan isteri bekerja, ia dilanjutkan untuk penjagaan harian sehingga jam 3:00 petang. Untuk memenuhi masa tersebut, saya telah daftarkan anak sulung saya di kelas menghafaz surah-surah al-Qur’an (Little Hafiz) mulai jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Setakat ini, pihak tadika tidak mengenakan bayaran lebih masa jika anak-anak saya diambil sebelum jam 3:30 petang. Kadang-kadang, saya atau isteri terpaksa juga mengambil anak-anak selepas jam 3:30 petang sekiranya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Bayaran lebih masa dikenakan mengikut jam.

Dengan adanya hari perjumpaan bersama ibu bapa dan guru (Report Day) kali pertama pada pagi ini, ibu bapa dapat melihat prestasi anak masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan. Di samping itu juga, ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai tahap kemajuan pembelajaran dan pencapaian serta perkembangan semasa anak-anak. Selain itu, ibu bapa boleh menyuarakan perkongsian idea, pendapat atau komen mengenai keseluruhan perjalanan tadika.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.