Khamis, 26 Mei 2011

Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat, Selangor

Hulu Langat, 26/05/2011 – Saya tiba di Kampung Sungai Gahal iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan 16 nyawa di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah at-Taqwa pada petang Sabtu (21 Mei 2011). Kejadian tersebut telah berlaku lima hari yang lalu.

Saya bertolak dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP), Batu 9 Hulu Langat menuju ke Kampung Sungai Gahal, Batu 14 Hulu Langat selepas murid-murid SKTP menamatkan sesi persekolahan hari ini. Jarak perjalanan dari tempat saya bertugas ke Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah at-Taqwa ialah kira-kira 11 kilometer sahaja.

Pada pagi hingga tengah hari 21 Mei 2011, saya berada di SKTP mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Apabila pulang ke rumah di Kajang, dapat berita berkenaan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat melalui TV. Saya dapat juga maklumat melalui internet.

Petang 22 Mei 2011, saya, isteri serta tiga orang anak kami ada melalui Jalan Hulu Langat di sekitar Dusun Nanding dan bercadang hendak pergi ke tempat kejadian tetapi berlaku kesesakan jalan raya. Lagi pun, orang ramai dinasihatkan oleh pihak polis agar menjauhi tempat kejadian atas sebab keselamatan kerana cerunnya masih berisiko untuk runtuh. Ketika kami sekeluarga berada di situ, dikhabarkan 7 jenazah daripada 16 yang terkorban telah disembahyangkan di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14 dan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Hulu Langat.

Petang ini iaitu selepas lima hari kejadian tersebut berlaku, barulah saya berpeluang mengunjungi Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah at-Taqwa tetapi tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan. Pihak polis membuat kawalan berhampiran pintu pagar kawasan rumah tersebut. Saya juga terserempak dengan TV al-Hijrah, Majlis Perbandaran Kajang, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains yang membuat tinjauan serta tugas-tugas mereka di lokasi kejadian. Runtuhan tanah di lereng bukit telah ditutup dengan kanopi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.