السلام عليكم ورحمة الله

Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung. Semoga ia dapat memberi faedah kepada pembaca sekalian.

Jumaat, 4 November 2011

Membentuk Syurga Rumahtangga

Buku ‘Membentuk Syurga Rumahtangga’ ini dihadkan untuk bacaan suami dan isteri sahaja. Ia bertujuan memberi pedoman kepada pasangan-pasangan kelamin membentuk ‘syurga’ dalam hubungan intim mereka. Semoga dengan itu matlamat ke Syurga yang sebenar tidak sekadar impian. Insya Allah.

Bagi mencapai kebahagian hidup, ia bermula daripada kehidupan berkeluarga. Bermula daripada ibu bapa untuk membentuk anak-anak, seterusnya melahirkan rumahtangga yang cemerlang.

Justeru itu, penyusunan buku ini dilakukan sebagai usaha untuk membantu para suami atau isteri membentuk keluarga cemerlang. Ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya, sebanyak sedikit dapat membantu dan menyuluh untuk membina keluarga yang berbahagia di dunia dan Akhirat.

Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan pasti menginginkan sebuah rumahtangga yang penuh kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian. Mereka ingin menjadikan rumahtangga itu sebagai syurga dunia yang menenangkan jiwa.

Memiliki sebuah rumahtangga yang bahagia sememangnya menjadi idaman setiap insan. Keluarga yang bahagia bukan sahaja memberi kedamaian hidup, malahan merupakan aset penting dalam membina sebuah masyarakat yang cemerlang.

Islam adalah agama yang menjamin kabahagiaan hidup setiap manusia, termasuk dalam berumahtangga. Kebahagiaan rumahtangga akan dicapai setelah memenuhi ciri-ciri tertentu sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Antaranya ialah bertakwa, bertanggungjawab, bertolak ansur, tolong menolong, pergaulan yang baik dan melahirkan generasi yang berkualiti.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Catatan di Laman Utama

Dapatkan Coklat Minda Sekarang Sementara Stok Masih Ada

Klik Butang PLAY

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam


HAK CIPTA TERPELIHARA

www.jeehan75.blogspot.com

Norjeehan Ahmad Mustapa
Daerah Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan
Malaysia