Jumaat, 11 Mei 2012

Virus dan Antivirus

Semua tahu virus amat berbahaya kepada komputer kerana ia menyerang komputer dengan memenuhi memori. Virus kemudian melumpuhkan sistem komputer. Lebih buruk ialah virus disebarkan melalui jaringan yang mana ia boleh mencuri maklumat identiti anda dan menjangkiti fail lain.

Ya, ancaman virus kepada komputer kini semakin besar. Apa yang dimaksudkan ialah melalui aktiviti secara talian.

Setiap hari anda menggunakan komputer untuk pelbagai aktiviti seperti membuat kerja sekolah, bersosial (e-mel, facebook atau lain-lain), muat turun video, lagu dan bermain permainan secara talian. Semua ini mengundang risiko.

Virus komputer hadir melaui fail yang dimuat turun dan akan duduk di dalam fail yang dimuat turun itu. Ia hidup atau aktif apabila anda membuka fail itu. Walaupun anda amat berhati-hati dalam aktiviti muat turun, kehadiran virus memang sukar dijangka.

Lima virus komputer yang bahaya adalah seperti “Virus Mikro” (ia adalah yang sering menyerang komputer), “Virus Multipartite” (menyerang boot dan fail program), “Virus Master Boot” (menetap pada memori dan menyerang boot), “Virus Boot Sector” (menyerang sistem atau rekod boot dalam cekera keras) dan “Virus File” (menyerang fail program dan kod seperti .com dan fail .exe).

Antara langkah-langkah mengelak komputer dijangkiti virus ialah jangan muat turun sesuatu fail sesuka hati, jangan muat turun program yang meragukan, jangan buka pautan yang diterima daripada penghantar tidak dikenali, jangan berkongsi “pen drive”, cakera padat atau lain-lain, jangan boot CD yang mencurigakan atau tidak asli dan dapatkan perisian antivirus.

Jika anda tidak berkesempatan atau tidak mempunyai wang secukupnya untuk membeli perisian antivirus, anda boleh mendapatkannya atau muat turun antivirus percuma yang terdapat di jaringan.

SUMBER: Kuntum. Februari 2012.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.