Selasa, 1 Mei 2012

Penubuhan Khairat Kematian


Kajang, 01/05/2012 – Saya memandu kereta bertolak dari rumah di Impian Murni menuju ke Surau Saujana Impian dan sampai ke kawasan surau kira-kira jam 10:45 pagi tadi. Ketika saya tiba, pengerusi sedang membentangkan Undang-undang Tubuh Khairat Kematian Kariah Surau Saujana Impian dengan menggunakan komputer riba dan projektor yang dipancarkan ke skrin besar di dalam surau.

Saya bangun dari tempat duduk, pergi ke kaunter pendaftaran dan mendapatkan naskah undang-undang tersebut. Saya juga mengisi borang ahli khairat kematian dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 serta yuran tahunan sebanyak RM50. Ketika saya membuat pendaftaran sebagai ahli di kaunter, pemilihan ahli-ahli jawatankuasa sedang dijalankan.

Hari ini merupakan hari cuti umum sempena Hari Pekerja. Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk menyertai khairat kematian tersebut. Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kedua saya yang ke-5.

Saujana Impian mempunyai banyak fasa. Antaranya ialah Impian Murni, Impian Gemilang, Impian Indah, Impian Kasih, Impian Makmur dan lain-lain lagi.

Khairat kematian ini amat penting kerana ia bertujuan untuk mengkhairatkan sejumlah wang yang telah ditetapkan kepada ahli atau warisnya apabila berlaku kematian sama ada ke atas ahli atau tanggungannya. Juga dapat menguruskan pengebumian ahli dan tanggungannya jika berlaku kematian.

Keahlian adalah terbuka kepada semua orang Islam, lelaki dan perempuan di dalam Kariah Surau Saujana Impian sahaja. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah melengkapkan dan menandatangani ‘Borang Permohonan Menjadi Ahli’.

Saya memandu kereta beredar meninggalkan Surau Saujana Impian kira-kira jam 11:40 pagi selepas majlis tamat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.