Rabu, 25 April 2012

Hari Lahir dan Hari Gaji, April 2012

Kajang, 25/04/2012 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di sebuah restoran yang terletak di Metro Point kira-kira jam 6:35 petang tadi. Kami pergi ke situ kerana hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-37. Pada hari ini juga, saya dan isteri menerima pembayaran gaji baharu untuk bulan April 2012 di samping bayaran tunggakan untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2012. Kenaikan gaji tersebut selaras dengan pembentangan Bajet 2012 oleh Kerajaan Malaysia.

Di restoran tadi, kami sempat memesan menu “Roast Lamb, Aromatic Rice, Coleslow, Fresh Fruit Salad, Macaroni & Cheese, Country-style Soup and Vanilla Muffin”. Minuman pula ialah “Mango Magic Yogurt and Tropical Paradies”.

Berkenaan dengan kenaikan gaji penjawat awam, skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan kontroversi sebelum ini telah dibatalkan. Pihak kerajaan telah mengekalkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Keputusan pihak kerajaan membatalkan perlaksanaan skim SBPA dan mengekalkan SSM telah disambut baik oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pihak kerajaan juga telah mengumumkan pelarasan gaji pokok di antara 7 peratus hingga 13 peratus bagi penjawat awam mengikut gred. Hari ini, pelarasan gaji tersebut telah diterima di samping bayaran tunggakan untuk tiga bulan yang lepas. Syukur, al-Hamdulillah.

Di Metro Point Kajang tadi, kami solat Maghrib terlebih dahulu sebelum bertolak pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke sebuah kedai kek. Isteri saya menghadiahkan sebiji kek Selamat Hari Lahir Ke-37 untuk saya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.