Sabtu, 14 April 2012

Program Cinta Masjid di Pandan Indah

Ampang, 14/04/2012 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di perkarangan Masjid al-Azim, Pandan Indah pada jam 3:25 petang tadi. TV al-Hijrah mengadakan program Cinta Masjid. Di luar masjid terdapat banyak khemah dan gerai-gerai jualan. Khemah pertama yang kami singgah ialah khemah TV al-Hijrah.

Kami masuk ke dalam masjid dan mengikuti rakaman untuk rancangan 60 Minit Bersama Ustaz Don di TV al-Hijrah. Tajuk yang disampaikan oleh Ustaz Don ialah Israk dan Mikraj.

Pada asalnya kami hendak solat Zohor di Masjid al-Azim, Pandan Indah tetapi tidak sempat. Ini kerana telah berlaku kejadian tiga orang penjenayah mati selepas berbalas tembak dengan polis berhampiran Bulatan Billion, Cheras. Jalan menuju ke Ampang dari Lebuhraya Cheras Kajang (E7) ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau MRR2 (Middle Ring Road 2) ditutup. Kesesakan lalu lintas telah berlaku berhampiran bulatan tersebut.

Saya membelok kenderaan dan berpatah balik melalui Jalan Hulu Langat untuk ke Ampang. Kami berhenti solat Zohor di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14 sebelum meneruskan perjalanan.

Kami sampai juga ke Masjid al-Azim, Pandan Indah untuk menghadiri program Cinta Masjid dan sempat solat Asar bersama para tetamu yang berkunjung ke sini. Tidak lama kemudian, kami pun meninggalkan perkarangan masjid. Kami berjalan kaki menuju ke kenderaan yang diletakkan di dalam kawasan Sekolah Rendah Agama Pandan Indah kerana tempat letak kereta berhampiran masjid telah penuh. Kaki kanan masih terasa sakit ketika berjalan akibat daripada kejadian saya terjatuh ke dalam longkang di sekolah tempat saya mengajar pada 23/03/2012 (Jumaat) yang lalu.

Perjalanan pulang dari Masjid al-Azim, Pandan Indah di Ampang ke rumah di Kajang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau MRR2 (Middle Ring Road 2) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Kami telah tiba di perkarangan rumah kira-kira jam 6:45 petang. Jarak perjalanan pulang dari masjid tersebut ke rumah kami ialah kira-kira 20 kilometer sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.