Isnin, 9 April 2012

Sakit Fizikal dan Kesihatan Hati

Tubuh manusia ada kalanya dijangkiti penyakit. Yang dikatakan sakit adalah apabila keadaan tubuh berasa tidak normal, iaitu berasa tidak seperti biasa.

Cara pengubatannya adalah diberikan ubat yang sesuai, selain perlu senaman atau beriadah secukupnya dan menjauhi perkara-perkara yang menyebabkan jangkitan penyakit.

Islam membenarkan orang yang sakit untuk tidak menggunakan air bagi tujuan mandi hadas dan berwuduk, sebaliknya digantikan dengan bertayamum. Tujuannya agar tidak menambah kesakitan bagi orang yang sedang sakit kerana bagi sesetengah sakit, air menjadikan bertambah teruk sakitnya.

Jika kesihatan badan memerlukan penjagaan dan rawatan secukupnya, maka kesihatan hati pun demikian juga halnya. Agar hati tetap kuat dan sihat ia memerlukan keimanan dan sikap tunduk taat mematuhi kewajipan-kewajipan sebagaimana telah ditetapkan ke atas manusia, yang mana ia juga perlu pada penjagaan dan daya tahan daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan penyakit hati, iaitu dengan menjauhi segala bentuk dosa dan maksiat serta amalan-amalan yang bercanggah dengan sunnah.

Dimaklumi bahawa hati itu juga ada kalanya hidup sihat, mati, sakit dan perlu kepada rawatan dan pengubatan. Ia lebih penting daripada merawat badan.

SUMBER: SOLUSI. Isu No. 2. Edisi Ulang Cetak.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.