Ahad, 1 April 2012

Kami dan Hospital Kajang

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah beberapa kali berurusan dengan Hospital Kajang. Ketiga-tiga anak kami telah dilahirkan di Hospital Kajang. Anak sulung telah dilahirkan pada tahun 2005, anak kedua pada tahun 2007 dan anak ketiga pula pada tahun 2010. Ini bermakna isteri saya telah tiga kali melahirkan anak di Hospital Kajang.

Ketika menulis artikel ini, saya telah diberi cuti sakit oleh pihak Hospital Kajang dan beberapa hari lagi akan kembali semula ke hospital tersebut. Tarikh lawatan akan datang telah diberi kepada saya. Ia adalah susulan daripada kejadian saya terjatuh ke dalam longkang di sekolah tempat saya mengajar pada 23/03/2012 (Jumaat). Saya tergelincir dan kaki kanan saya terjatuh ke dalam longkang.

Hari ini (01/04/2012), kaki kanan saya masih berbalut dengan P.O.P. (Plaster of Paris) atau dikenali sebagai plaster simen. Ia dibuat begitu kerana telah didapati seperti ada tulang yang retak.

Pada tahun 2000, saya juga pernah berkunjung ke Hospital Kajang kerana telah terjatuh daripada motosikal. Tulang selangka kanan saya patah. Ia adalah tulang yang membentuk bahu dan menghubungkan lengan atas pada batang tubuh. Ketika itu, saya masih bujang dan baru beberapa bulan berhijrah ke daerah Hulu Langat, Selangor.

Setakat ini, saya, isteri dan tiga orang anak kami tidak mengalami banyak masalah ketika berurusan dengan Hospital Kajang walaupun terdapat cerita-cerita tidak baik daripada orang lain berkenaan layanan yang diterima. Diharap pihak hospital dapat membuat penambahbaikan untuk kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.