Jumaat, 1 Jun 2012

Biografi Agung Rasulullah s.a.w.


Buku ‘Biografi Agung Rasulullah s.a.w.’ ini membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah s.a.w. yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu-cucu, sahabat-sahabat dan dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

Biografi Agung Rasulullah s.a.w. ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal dan terus kekal rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.

Penulis buku ini ialah Rusydi Ramli al-Jauhari dan diterbitkan oleh Must Read Sdn Bhd. Cetakan Pertama 2012. Harganya RM65.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM68.00 (Sabah/Sarawak).

Saya telah memiliki buku ini hadiah daripada al-Hijrah Media Corporation. Saya terpilih sebagai penonton terbaik dalam rancangan ‘Assalamualaikum’ pada 15 April 2012 di TV al-Hijrah kerana telah memberikan maklum balas atau komen yang sangat baik di laman sosial Facebook berkenaan rancangan tersebut.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.