Jumaat, 8 Jun 2012

Percutian ke Terengganu 2012


Hari pertama (4 Jun 2012), saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang, Selangor menuju ke Terengganu melalui beberapa lebuh raya. Akhir sekali, masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Tol Karak, Pahang. Saya terus memandu Proton Exora sehingga berhenti di sebuah hentian dan sebuah kawasan rehat. Kami makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan dan keluar dari LPT melalui Tol Jabor, Terengganu. Berhenti di plaza tol tersebut untuk solat. Kembali bergerak dan terus menuju ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman. Suami kepada adik saya merupakan tenaga pengajar di sini. Mereka tinggal di rumah yang disediakan dalam kawasan KKTM. Emak saya pun berada di sini kerana adik perempuan saya baru melahirkan anak sulung pada 18 Mei 2012 yang lalu. Kami bermalam di rumah mereka.

Hari kedua (5 Jun 2012), saya, isteri dan tiga orang anak kami membawa emak pergi bersiar-siar di sekitar Kemaman. Berpandukan Sistem Kedudukan Sejagat atau “Global Positioning System” (GPS) yang saya gunakan ketika memandu, kami tiba di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Kami singgah makan tengah hari di kantin Hospital Kemaman sebelum pulang ke KKTM. Kami bermalam di sini lagi.

Hari ketiga (6 Jun 2012), saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari KKTM Kemaman menuju ke Kuala Terengganu. Saya memandu kenderaan melalui Jalan Kuantan–Kuala Terengganu. Berpandukan GPS, saya mencari tempat penginapan. Kami pergi ke Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Saya membuat tempahan bilik terlebih dahulu kerana daftar masuk cuma bermula jam 3:00 petang. Sementara itu, kami pergi bersiar-siar di Pasar Besar Kedai Payang. Makan tengah hari di sini dan antara menu yang kami pesan ialah nasi dagang. Bergerak dari pasar dan kembali ke hotel. Kami pergi ke Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man. Makan malam dan solat di TTI. Kemudian, pergi melawat seorang rakan di Hospital Pakar Kuala Terengganu. Pulang ke hotel untuk bermalam.

Hari keempat (7 Jun 2012), kami bersarapan di Café Sekayu, Hotel Seri Malaysia. Kembali ke bilik. Kemudian, kami pergi bersiar-siar di Bazar Warisan dan membeli belah di Pasar Besar Kedai Payang. Kembali ke hotel dan daftar keluar kira-kira jam 12:00 tengah hari. Kami pergi ke Taman Monumen di TTI dan bertolak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami singgah solat di Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah) Teluk Ibai dan bersiar-siar di Pantai Rantau Abang, Dungun. Saya meneruskan pemanduan di Jalan Kuantan–Kuala Terengganu membawa kami ke waktu malam. Berhenti di sebuah kawasan rehat di LPT untuk solat dan makan sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Hari kelima (8 Jun 2012), saya masih memandu Proton Exora dan sudah berada di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak. Selepas melalui beberapa lebuh raya lagi, akhirnya kami sampai ke rumah di Kajang kira-kira jam 12:45 tengah malam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.