Sabtu, 11 Ogos 2012

Iftar Ramadhan Nasyid FM 2012


Bangi, 11/08/2012 – Saya telah pergi petang tadi ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menghadiri Iftar Ramadhan Nasyid FM 2012. Kira-kira jam 6:05 petang, saya sudah berada di DECTAR. Saya telah dijemput oleh DJ Muhammad daripada Nasyid FM melalui laman sosial Facebook untuk menghadiri majlis berbuka puasa kali ini. 

Iftar Ramadhan Nasyid FM 2012 telah dianjurkan oleh Nasyid FM Media Network dengan kerjasama UKM dan Rumah Anak Yatim al-Barakh, Banting. Mari bersama kita 'Mengukir Sebuah Senyuman'.

Ketika sampai tadi, saya dipersilakan duduk di bahagian VIP. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada DJ Muhammad sebagai pengacara majlis. Kemudian, saya dijemput naik ke atas pentas bagi memimpin bacaan doa'. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada DJ Firdaus, Pengarah Nasyid FM, ucapan daripada wakil pengetua rumah anak yatim, ucapan perasmian daripada wakil UKM, penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan penyampaian cenderamata.

Saya dijemput sekali lagi naik ke atas pentas bagi menyampaikan tazkirah berkenaan Lailah al-Qadr. Selepas itu, Hasnul Diwani membuat persembahan nasyid dan melaungkan azan Maghrib. Tarikh hari ini ialah 22 Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan dengan 11 Ogos 2012 Masihi. Waktu berbuka puasa (azan Maghrib) di kawasan Bangi ialah pada jam 7:28 malam. Selepas berbuka puasa, kami solat Maghrib secara berjemaah di Masjid UKM.

Kami kembali ke DECTAR dan makan malam sambil menyaksikan persembahan nasyid daripada Kumpulan Damai, Hasnul Diwani dan Kumpulan Aremean. Majlis dikendalikan oleh DJ Muhammad dan DJ Firdaus. Kemudian, sekali lagi anak-anak yatim dipanggil bagi menerima sumbangan seterusnya.

Akhir sekali, saya dijemput lagi naik ke atas pentas oleh DJ Muhammad dan DJ Firdaus bersama anak-anak yatim dan artis-artis nasyid bagi menyampaikan lagu tema Nasyid FM serta bergambar beramai-ramai.

Apabila majlis tamat, saya meninggalkan dewan, memandu kereta dan beredar meninggalkan UKM kira-kira jam 10:25 malam serta bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.