Jumaat, 17 Ogos 2012

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah


Bulan Ramadhan dan zakat fitrah merupakan dua perkara yang amat berkait rapat. Zakat fitrah diwajibkan kepada setiap umat Islam yang layak sama ada dia lelaki, perempuan, besar, kecil, merdeka atau hamba. Layak di sini bermaksud dia mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya pada malam Hari Raya Puasa (A'idil Fitri) dan siang harinya.

Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya dengan syarat mereka dapat menemui dua masa iaitu akhir Ramadhan dan awal Syawwal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan atau anak yang dilahirkan selepas terbenam matahari malam 1 Syawwal itu tidak wajib zakat fitrah ke atasnya.

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kilogram beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri di Malaysia.

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima. 1-Waktu wajib iaitu apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 2-Waktu sunat iaitu sepanjang bulan Ramadhan. 3-Waktu paling baik iaitu sebelum sembahyang sunat A'idil Fitri. 4-Waktu makruh iaitu selepas sembahyang sunat A'idil Fitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawwal. 5-Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada 1 Syawwal. Hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qadak. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Islam itu ditegakkan di atas lima dasar. Menyaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji serta berpuasa di bulan Ramadhan. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.