Sabtu, 10 November 2012

Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2012

Bangi, 10/11/2012 - Tadika anak kedua saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang ketiga pada petang tadi di Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri, tiga orang anak kami, emak mentua dan seorang anak saudara kepada isteri telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi antara jam 2:00 hingga 2:15 petang tadi. Emak saya mahu tinggal di rumah kerana seorang adik saya dan isterinya baru tiba dari Pahang ketika kami hendak bertolak ke UKM.

Pelajar-pelajar TPH ialah daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun) dan kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun). Anak kedua saya yang berumur lima tahun membuat persembahan bersama rakan-rakannya. Dia menerima sijil dan hadiah. Juga menerima Anugerah Akedemik Terbaik kerana mendapat nombor 3 daripada 22 orang pelajar lima tahun dengan markah sebanyak 97 peratus bagi peperiksaan penggal kedua. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.

Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar TPH yang hadir. Saya dipersilakan untuk memimpin bacaan doa’ penutup. Antara jam 5:00 hingga 5:15 petang, majlis pun tamat. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang ketiga ini dengan jayanya.

Motto TPH ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.