Khamis, 1 November 2012

Ikan Nun dan Nabi Yunus

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita. Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Wahai kawan-kawan janganlah bimbang. Nabi Allah tetap dalam pembelaan. Nabi Yunus menyeru pada kaumnya. Sembahlah Allah yang Maha Esa. Tinggallah berhala yang tidak bernyawa. Jauhi perbuatan yang sia-sia. Seruan Nabi tidak diterima. Nabi diejek dan Nabi dihina. Baginda tidak berputus asa. Walau dicaci walau dinista. Akhirnya Nabi merasa hampa. Umatnya masih menderhaka. Lalu dia pergi membawa hati. Ke tepi pantai seorang diri.

Baginda menumpang kapal pedagang. Membawa diri ke rantau orang. Malangnya laut bergelombang. Hampir karam di tengah lautan. Bila diundi Nabi merelakan. Terjun ke laut yang bergelora. Baginda ditelan ke perut ikan Nun. Gelap gelita tiada terkira. Sedarlah Baginda kesalahannya. Dihukum Allah begitu rupa. Menangislah Nabi sentiasa. Memohon ampun dari Tuhannya. Begitulah kisah seorang Nabi. Diuji Allah begitu sekali. Empat puluh hari empat puluh malam. Barulah taubatnya diterima Tuhan.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam