Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Allah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 18).
Beriman kepada Allah merangkumi keyakinan kita kepada tiga jenis tauhid iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ wa Sifat.