Isnin, 26 November 2012

Ubah Suai Rumah 2012

Kajang, 26/11/2012 – Mulai pagi tadi, barang-barang keperluan untuk mengubah suai rumah telah tiba dihantar dengan sebuah lori ke kediaman di Impian Murni. Para pekerja sampai lebih awal dan memulakan kerja mereka sebaik sahaja barang-barang tersebut tiba.

Saya, isteri dan anak-anak kami telah tinggal di rumah ini sejak awal tahun 2008. Anak pertama lahir pada tahun 2005, anak kedua lahir pada tahun 2007 dan anak ketiga lahir pada tahun 2010. Sempena cuti akhir tahun persekolahan bagi tahun 2012 ini, kami ingin mengubah suai serba sedikit bahagian belakang dan bahagian hadapan rumah yang kami duduki sekarang.

Ubah suai rumah kami kali ini dimulakan di bahagian belakang terlebih dahulu. Barang-barang lama yang tidak diperlukan lagi mesti dibuang sebelum aktiviti mengubah suai dilakukan. Bahagian hadapan akan dimulakan kemudian.

Nampaknya, cuti akhir tahun persekolahan kali ini kami akan banyak menghabiskan masa di rumah sementara menunggu ia siap diubah suai. Walau pun begitu, kami boleh membuat kerja-kerja lain ketika berada di rumah. Ini bukan bermakna kami tidak boleh keluar langsung dari rumah. Cuma ia tidak seperti cuti-cuti akhir tahun yang lepas.

Harapan agar kerja-kerja pengubahsuaian ini akan dilakukan mengikut jadual. Juga diharap menepati citarasa kami mengikut bajet yang ada.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.