Sabtu, 23 Februari 2013

Kisah Burung Hud-hud

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan pelbagai nikmat. Antaranya ialah baginda dapat memahami percakapan haiwan. Baginda mempunyai bala tentera yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan. Di antara bala tentera yang besar itu, terdapat seekor burung hud-hud. Ia adalah sejenis burung belatuk.

Tugas burung hud-hud ialah sebagai peninjau dan pengintip untuk Nabi Sulaiman a.s. Hud-hud mencari tempat yang terdapat air. Selain daripada itu, ia juga mencari tempat yang sesuai untuk bala tentera berkhemah dan berehat.

Ketika Nabi Sulaiman a.s. memeriksa pasukan burung yang turut serta dalam bala tenteranya, baginda mendapati bahawa hud-hud tersebut tidak hadir. Baginda sangat marah dan mengancam untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya jika ia tidak mengemukakan alasan yang munasabah.

Tidak berapa lama selepas itu, hud-hud pun muncul lalu menghadap Nabi Sulaiman a.s. Baginda mendengar apa yang ingin disampaikan oleh hud-hud. Ia menemui sebuah kerajaan dan kaum yang tidak pernah dijumpai sebelum ini. Kerajaan itu terletak di negeri Saba’ dan diperintah oleh seorang ratu. Kerajaan mereka sungguh besar dan mempunyai jajahan yang sangan luas. Walaupun mereka mempunyai kepandaian, kemahiran dan kepimpinan kerajaan, namun malangnya mereka menyembah matahari dan tidak menyembah Allah S.W.T.

Nabi Sulaiman a.s. berasa susah hati dengan berita tersebut. Baginda terus bertindak dengan menulis sepucuk surat kepada Ratu Balqis yang musyrik itu. Baginda menulis dengan bahasa yang lemah lembut tetapi tegas supaya kerajaan Saba’ kembali kepada agama Allah S.W.T. Surat tersebut diterbangkan oleh burung hud-hud dan disampaikan kepada Ratu Balqis.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.