Sabtu, 9 Februari 2013

Surah al-Fil

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? (1). Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? (2). Dan Dia megirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong (3). Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar (4). Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat) (5).

Surah al-Fil terdiri daripada 5 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makiyyah. Ia merupakan surah yang ke-105 di dalam al-Qur’an. Dinamakan al-Fil (gajah) kerana diambil daripada perkataan al-Fil yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Surah al-Fil menceritakan kepada kita berkenaan pasukan bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Arbahah. Mereka hendak meruntuhkan Kaabah di Kota Mekah. Peristiwa ini terjadi pada tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan. Ketika itu, baginda berada di dalam kandungan ibunya.

Cerita berkenaan tentera bergajah (Ashab al-Fil) yang diazab oleh Allah S.W.T. dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa. Tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dan ingin menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke Kota Mekah, tentera tersebut diserang burung-burung yang melemparkan batu-batu kecil sehingga meraka musnah. Surah ini juga menjelaskan kepada kita tentang kegagalan tentera bergajah kerana Kaabah dipelihara oleh Allah S.W.T.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.