Selasa, 19 Mac 2013

Majlis Tadarus al-Qur'an Daerah Hulu Langat 2013

Bandar Baru Bangi, 19/03/2013 – Saya telah bertugas sebagai urus setia untuk Majlis Tadarus al-Qur’an (MTQ) Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Hulu Langat, Selangor Tahun 2013 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SMKBBB), Seksyen 2.

Oleh kerana Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB), Seksyen 2 terletak berhadapan dengan SMKBBB, beberapa pertandingan MTQ peringkat daerah yang bermula pagi tadi turut diadakan di SKBBB.

Di surau SKBBB, saya telah menjadi juru acara untuk pertandingan Tilawah al-Qur’an (Lelaki dan Perempuan) bagi kategori Sekolah Rendah.

Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan untuk ketegori Sekolah Rendah ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki), Tilawah al-Qur’an (Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki), Hafazan al-Qur’an (Perempuan), Bercerita Kisah al-Qur’an (Lelaki), Bercerita Kisah al-Qur’an (Perempuan), Nasyid dan Kompang Selawat.

Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan untuk ketegori Sekolah Menengah pula ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki), Tilawah al-Qur’an (Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki), Hafazan al-Qur’an (Perempuan), Syarahan Spontan (Lelaki), Syarahan Spontan (Perempuan), Nasyid dan Marhaban Berzanji.

Peserta-peserta MTQ peringkat daerah telah dipilih daripada pemenang-pemenang MTQ peringkat zon. Mereka yang mewakili kategori Sekolah Rendah terdiri daripada empat buah zon iaitu Utara, Tengah, Selatan dan Tenggara. Bagi kategori Sekolah Menengah pula, mereka cuma dibahagikan kepada tiga zon sahaja iaitu Utara, Tengah dan Selatan.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam