Rabu, 1 Mei 2013

Keistimewaan Nombor Lima Yang Masih Berlaku Sehingga Bulan Mei 2013

Kajang, 01/05/2013 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami tinggal sebumbung. Sekarang ini waktu tengah malam. Kami berlima sedang berada di rumah. Hari ini merupakan hari cuti umum sempena Hari Pekerja. Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kedua kami yang ke-6.

Saya telah dilahirkan pada tahun 1975 iaitu pada 25 hari bulan. Isteri saya telah dilahirkan pada bulan Mei (bulan 5). Anak sulung kami telah dilahirkan pada tahun 2005. Anak kedua kami telah dilahirkan pada 1 Mei (bulan 5). Anak ketiga kami merupakan ahli yang ke-5 dalam keluarga ini. Perbezaan umur anak sulung dengan anak ketiga ialah kira-kira 5 tahun sahaja. Saya dan isteri telah diijabkabulkan pada 25 Disember 2001.

Semasa belajar di Sekolah Kebangsaan, saya mengambil peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang mengandungi 5 mata pelajaran. Ketika itu belum ada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Darjah 6. Saya berada 5 tahun di Sekolah Menengah Agama, belajar di Tingkatan Peralihan (1988), Tingkatan 2 (1989), Tingkatan 3 (1990) Tingkatan 4 (1991) dan Tingkatan 5 (1992). Peringkat universiti untuk Ijazah Sarjana Muda pun saya belajar selama 5 tahun iaitu Tahun 1 (1993-1994), Tahun 2 (1994-1995), Tahun 3 (1995-1996), Tahun 4 (1996-1997) dan Tahun 5 (1997-1998).

Kini, saya merupakan seorang guru. Hari Guru di Malaysia ialah pada 16 Mei (bulan 5). Emak saya juga telah dilahirkan pada 16 Mei (bulan 5). Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 di Malaysia tahun ini ialah pada 5 Mei (bulan 5). Saya akan bertugas di tempat mengundi pada hari tersebut. Tahun 2008 iaitu kira-kira 5 tahun lepas, saya juga bertugas di tempat mengundi yang sama di sekolah tempat saya mengajar sekarang.

Paling penting, Rukun Islam mengandungi 5 perkara. Di antara rukun tersebut, solat 5 waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak) wajib ditunaikan. Sebagai Warganegara Malaysia, kita mempunyai 5 prinsip Rukun Negara. Begitu istimewanya nombor 5 dalam keluarga dan kehidupan saya setakat ini. al-Hamdulillah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.