Selasa, 23 April 2013

Kursus Induksi Jurulatih Utama Bahasa Arab 2013

Kuala Lumpur, 23/04/2013 – Saya telah mendaftar masuk ke Silka Maytower Hotel setelah berlegar-legar mencari ruang letak kereta kira-kira jam 2:30 petang tadi. Saya ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 28. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor untuk menghadiri Kursus Induksi Jurulatih Utama (JU) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 (2014).

Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan pada 23, 24, 25 dan 26 April di hotel ini. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 4 hari 3 malam untuk menghadiri Kursus Induksi JU KSSR dan PBS yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi Zon Tengah. Peserta-peserta kursus yang terlibat terdiri daripada guru-guru dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pagi hingga tengah hari tadi, sempat ke sekolah tempat saya mengajar sebelum pulang ke rumah dan pergi ke Silka Maytower Hotel & Serviced Residences (729505-H) di Nombor 7, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur.

Program petang ini ialah pendaftaran peserta dan sesi taklimat sahaja. Sesi yang seterusnya akan disambung pada malam ini dan hari yang berikutnya. Selamat berkursus kepada semua yang terlibat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.