Ahad, 14 April 2013

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2013

Kajang, 14/04/2013 - Tadika tempat anak kedua saya belajar telah mengadakan hari sukannya yang keempat pada pagi tadi di Stadium Kajang. Tadika Permata Harapan ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Kira-kira jam 8:05 pagi, saya, isteri dan tiga orang anak kami telah bertolak dari rumah menaiki kenderaan. Sampai di Stadium Kajang, kami mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan bacaan doa’ pembukaan. Selepas itu, ia diteruskan dengan ucapan Pengetua Tadika Permata Harapan dan perarakan masuk murid-murid yang juga peserta-peserta sukan. Dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan persembahan silat dan erobik.

Pertandingan sukan bermula. Acara-acara yang dipertandingkan ialah “jumping animal”, bawa bola ping-pong, kutip gula-gula, junjung pundi kacang, lari berkembar dan kerusi muzik. Acara ibu bapa bersama anak seperti pertandingan skip dan skip (bapa dan anak), kaki kertas (ibu dan anak) dan acara berangkai (ibu, bapa dan anak) juga diadakan.

Anak kedua saya mendapat tempat pertama dalam acara individu (kerusi muzik). Dia juga menyertai acara berpasukan seperti “jumping animal” (tempat ketiga) dan lari berkembar (tempat ketiga). Saya dan anak menyertai acara skip dan skip. Isteri saya dan anak pula meyertai acara kaki kertas (tempat ketiga).

Tema hari sukan pada kali ini ialah ‘Mukmin Yang Kuat Lebih Dicintai Allah Daripada Mukmin Yang Lemah’. Program hari ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Majlis tamat kira-kira jam 11:10 pagi. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tadika Permata Harapan Impian Murni kerana telah dapat mengadakan hari sukan kali keempat ini dengan jayanya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.