Selasa, 9 April 2013

Persatuan Ibu Bapa-Guru

Semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan hendaklah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG). Keanggotaannya terdiri daripada semua guru yang mengajar dalam sekolah itu, ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah itu dan Pengetua atau Guru Besar sebagai Penasihat Persatuan.

Tujuan-tujuan PIBG. 1-Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. 2-Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid dalam kegiatan mereka. 3-Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat pendidikan. 4-Untuk memberi peluang ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. 5-Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Batasan-batasan PIBG. 1-Kegiatan PIBG hendaklah diarahkan kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah di mana persatuan itu ditubuhkan. 2-PIBG boleh dengan kebenaran Pengetua atau Guru Besar menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota PIBG bagi meningkatkan pencapaian atau perkembangan murid secara menyeluruh. 3-PIBG dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar. 4-PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru serta kakitangan yang lain dalam sekolah. 5-PIBG tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara PIBG dengan Pengetua atau Guru Basar atau kakitangan sekolah di mana PIBG itu ditubuhkan atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.