Jumaat, 19 Julai 2013

Restoran Nasi Arab, Bangi

Bandar Baru Bangi, 19/07/2013 - Saya memandu kereta ke Bangi dan singgah ke Restoran Nasi Arab selepas menghantar barang yang dipesan kepada pelanggan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah, Universiti Tenaga Nasional. Saya telah beberapa kali merasa makanan dan minuman dari Restoran Nasi Arab ini sama ada pergi berseorangan atau pun bersama keluarga.

Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.

Saya sampai ke restoran ini kira-kira jam 3:00 petang. Tarikh hari ini ialah 10 Ramadhan 1434 Hijrah. Saya memesan menu Maqlubah Ayam (Chicken Maqlubah) yang bermaksud Nasi Terbalik Berlauk Ayam. Menu yang saya pesan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. RM28.00 untuk dua bungkus Maqlubah Ayam besaiz biasa.

Pada bulan Ramadhan 1434, restoran ini dibuka dari jam 3:00 petang hingga 7:00 malam untuk makanan yang dibawa pulang sahaja, dari jam 7:00 malam hingga 8:30 malam dibuka untuk berbuka puasa, dari jam 8:30 malam hingga 10:00 malam ditutup untuk Solat Tarawih dan dari jam 10:00 malam hingga 2:00 pagi dibuka semula seperti biasa. Selain daripada bulan Ramadhan, ia dibuka dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Nasi Arab di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
Lot 12, Plaza Perabot,
Bangi One Stop Home Center,
Seksyen 5, Off Jalan Reko,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Nasi Arab serta singgah mengambil anak di sebuah taska sebelum bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.