Sabtu, 10 Ogos 2013

Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti Yang Kukenali

Pihak Pustaka Cahaya Kasturi mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada al-Fadhil Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri kerana meyumbangkan sebuah buku berkaitan tokoh yang beliau kenalinya semasa menuntut ilmu di bumi Syam. Buku tersebut berjudul Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti Yang Kukenali.

Apabila berada di Syam dalam meneruskan tradisi ilmu, penulis kerap kali menghadiri majlis syeikh kerana ketika itu beliau dianggap di antara tokoh yang paling menonjol dan terbilang di bumi Syam. Rakan-rakan penulis dari jauh seperti Halab, Salqin dan lain-lain apabila mengunjungi kota Damsyik di Syria biasanya tidak melepaskan peluang untuk mendengar buah fikiran dan mengikuti pelajarannya. Begitu juga penulis mendapati ramai pelajar dari dunia Arab seperti Algeria, Sudan, Mesir dan lain-lain juga menghadiri majlis ilmu Syeikh al-Buti.

Pada 21 Mac 2013 yang lalu, dunia Islam dikejutkan dengan kematian tokoh ulama ini. Almarhum Syeikh al-Buti yang disegani dalam sumbangannya, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun pemikiran untuk umat sejagat. Kematian yang amat tragis itu dengan dibayangi oleh pelbagai teori lebih terjurus kepada konspirasi yang masing-masing menunding jari kepada pihak lawan.

Cetakan Pertama: 2013.

Diterbitkan oleh:
Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd (1012055V)
No 7248B, Jalan BBN 1/2A,
Putra Nilai, Bandar Baru Nilai,
718000 Nilai, Negeri Sembilan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.