Khamis, 15 Ogos 2013

Restoran Tareem Hadramawt, Taman Sepakat Indah 2

Kajang, 15/08/2013 – Saya memandu kenderaan dan singgah ke Restoran Tareem Hadramawt selepas menghantar Proton Exora ke perkhidmatan servis di Emerald Technic Sdn Bhd, Desa Sri Jenaris, pagi hingga tengah hari tadi. Ketika saya menghantarnya ke wakil servis Proton Edar Sdn Bhd, bacaan meter perbatuan (odometer) kenderaan ialah 21,295 kilometer. Saya telah beberapa kali merasa makanan dan minuman dari Restoran Tareem Hadramawt ini sama ada pergi berseorangan atau pun bersama keluarga.

Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.

Saya berada di restoran ini kira-kira jam 1:10 petang. Saya memesan menu Madhghut Kambing (Lamb Madhghut) yang bermaksud Nasi Tekanan Berlauk Kambing. Menu yang saya pesan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. RM22.00 untuk setengah kilogram Madhghut Kambing.

Dalam masa yang sama, isteri saya di rumah memasak Nasi Mandy Ayam Saudi (Home Made) menggunakan set beras dan rempah al-Bayt, cita rasa asli Arab. Ada saudara-mara yang hendak berkunjung ke rumah kami pada hari ini.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Tareem Hadramawt di Kajang, alamatnya ialah:
No 1, Jalan Sepakat Indah 2/1,
Taman Sepakat Indah 2,
43000 Kajang,
Selangor.

Restoran ini dibuka setiap hari iaitu pada hari Sabtu hingga Khamis dari jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 pagi. Manakala pada hari Jumaat dari jam 2:00 petang hingga 3:00 pagi.

Saya memandu kenderaan beredar meninggalkan kawasan restoran selepas beberapa minit berada di sini. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah saya ialah kira-kira 7.5 kilometer sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.