Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 7. Taklimat diadakan pada 26, 27 dan 28 Ogos di Crystal Ballroom. Minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, bengkel dan minum malam di Crown Hall. Sarapan pagi di Brass Café. Saya dan rakan-rakan telah berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk taklimat khas.
Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan bilik hotel pada hari ini ialah taklimat dan perasmian penutup.
Perjalanan pulang saya dari Crystal Crown Hotel Harbour View, Pelabuhan Klang ke rumah di Kajang ialah kira-kira 77 kilometer. Saya memandu kereta merentasi bandar Klang. Kemudian melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (E1), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (E6), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E1 masuk melalui Plaza Tol Bukit Raja dan di E6 keluar melalui Plaza Tol Bandar Saujana Putra. Di E26 masuk melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra dan keluar melalui Plaza Tol Ayer Hitam. Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.