Sabtu, 26 Julai 2014

Perjalanan Pada 28 Ramadhan 1435


Kuala Lumpur, 26/07/2014 – Warga kota mula meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut A’idil Fitri pada 1 Syawwal yang akan menjelma beberapa hari sahaja lagi. Saya, isteri dan tiga orang anak kami juga mengambil peluang cuti kali ini pulang menziarahi emak saya di kampung. Saya memandu kenderaan jenis Proton Exora.

Tarikh hari ini ialah 28 Ramadhan 1435 Hijrah bersamaan dengan 26 Julai 2014 Masihi. Sebelum bertolak dari rumah di Kajang dan dalam perjalanan menuju ke Pahang Barat, saya serta isteri menggunakan aplikasi WhatsApp untuk mengetahui keadaan trafik semasa. Rakan-rakan, adik-beradik dan saudara-mara boleh menghantar mesej serta gambar melalui aplikasi ini menggunakan talian internet dengan telefon pintar masing-masing. Kami mendapat maklumat berlaku kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8). Kesesakan bermula sebelum Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur.

Pagi tadi, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2). Pada jam 12:00 tengah hari, kami sampai ke persimpangan sebelum Plaza Tol Gombak. Kami tidak masuk ke plaza tol berkenaan kerana telah berlaku kesesakan lalu lintas tetapi saya membelok ke jalan di sebelah kiri plaza tol. Saya terus menuju ke Jalan Sungai Pusu dan masuk ke Jalan Gombak.

Saya memandu di Jalan Gombak dan meneruskan perjalanan hingga sampai berhampiran Kampung Janda Baik menuju ke bandar Bentong melalui Jalan Kuala Lumpur. Kami terus menuju ke bandar Raub dan berhenti membeli barang-barang dapur di Pasar Besar Raub. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti solat di Masjid al-Hidayah, Kampung Batu Talam.

Saya terus memandu kenderaan dan merentasi sempadan daerah Raub-Kuala Lipis. al-Hamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke perkarangan rumah emak saya yang terletak di daerah Lipis pada jam 4:40 petang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.