Ahad, 24 Ogos 2014

Memahami al-Qur'an Petunjuk Kita

Buku ‘Memahami al-Qur’an Petunjuk Kita’ ini hakikatnya, penulis tidak menterjemahkan al-Qur’an kerana siapalah penulis untuk menterjemahkannya. Hanya sekadar menyesuaikan ayat terjemahan yang ada mengikut sensitiviti Melayu. Mengikut plot dan pendekatan membimbing pembaca dengan tajuk-tajuk kecil.

Penulis buku ini ialah Haji Mohamed Ayob bin Yasin dilahirkan pada tahun 1941 di Kampung Sungai Taling, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pendidikan bermula di Sekolah Melayu Serting Ilir, Negeri Sembilan tahun 1948. Apabila Malaysia merdeka, masuk ke Sekolah Agama dan terus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Malaya tahun 1967. Mendapat Sijil Tertinggi dan Diploma Pendidikan Kolej Islam Malaya tahun 1970.

Pernah menjadi pendidik di beberapa sekolah di Negeri Sembilan, sebelum melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi tahun 1977. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian Kelas Dua Bahagian Atas dalam Usuluddin dan Falsafah. Setelah mendapat Ijazah, menjadi pensyarah di Pusat Pendidikan Islam, Institut Teknologi Mara, dinaikkan pangkat sebagai pensyarah kanan sebelum bersara wajib tahun 1996.

Saya telah bertemu dengan penulis buku ini dan beliau mewakafkan sebuah buku melalui saya untuk Surau Raudhatul Firdaus Impian Murni, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Penerbit buku ini ialah Darul Fikir Sdn Bhd, 329B, Jalan Abdul Rahman Idris, Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur. Cetakan Pertama 2012 dan Cetakan Kedua 2013. Pengatur huruf dan reka bentuknya pula ialah Matang Cipta Sdn Bhd, 89B, Tingkat 1, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.