Isnin, 11 Ogos 2014

Ramly Halal Kiosk, Bangi

Bandar Baru Bangi, 11/08/2014 – Saya memandu kereta dan singgah ke Ramly Halal Kiosk, 33-G-01 (No 33, Ground Floor), Jalan Medan PB 2B, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi. Saya berada di dalam kiosk dan membuat pesanan kira-kira jam 2:30 petang. Saya memesan menu Burger Ayam Original (4 x RM2.50 = RM10.00) dan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. 

Syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd adalah industri Bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY. 

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah binti Abdul Manap dari cetusan idea serta hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini, syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS (Industri Kecil dan Sederhana), Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.

Saya memandu kereta beredar meninggalkan Ramly Halal Kiosk di Bandar Baru Bangi dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah saya ialah kira-kira 15 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Persiaran Kemajuan, Persiaran Jaya, Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

'Pastikan Ramly Baru Beli'.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.