Jumaat, 19 September 2014

Percutian ke Sungai Chongkak 2014

Hulu Langat, 19/09/2014 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Hutan Lipur Sungai Chongkak pada jam 3:00 petang tadi. Saya membayar RM4.00 untuk tempat meletak kenderaan kami. Di pintu masuk terdapat sebuah kaunter. Kami membayar RM2.00 tiket masuk untuk dua orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah adalah percuma. Tidak berapa jauh dari pintu masuk, kami meletakkan barang-barang. Kami turun ke dalam sungai dan mandi-manda. Hari ini sekolah masih bercuti untuk Cuti Pertengahan Penggal 2. 

Hutan Lipur Sungai Chongkak terletak di Hulu Langat, Selangor. Berkelah di sini sungguh menyeronokkan. Saya dan keluarga telah banyak kali pergi ke sini. Air sungai yang mengalir jernih dikelilingi oleh hutan hijau dan udaranya sangat segar membuatkan kami tenang berada di sini.

Kira-kira jam 5:00 petang, kami beredar meninggalkan Hutan Lipur Sungai Chongkak. Saya memandu kenderaan keluar dari Sungai Chongkak dan masuk ke Jalan Hulu Langat menuju ke Kajang. Beberapa kali berhenti di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang. Mula-mula berhenti di sebelah kiri jalan, singgah ke sebuah kedai di Dusun Tua membeli daging rusa RM25.00 untuk 1 kilogram, daging burung puyuh RM25.00 untuk 1 kilogram (10 ekor) dan telur itik gred C RM5.00 untuk 10 biji. Tidak berapa jauh dari kedai tadi, kami masuk ke kawasan masjid di sebelah kanan jalan dan berhenti solat Asar di Masjid al-Muttaqin Batu 16 ½ Dusun Tua. Selepas lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, berhenti di sebelah kanan jalan dan singgah pula ke gerai Ayam Golek Haji Yusof. Beli seekor ayam golek yang berharga RM17.00. Akhir sekali, selepas lalu di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, berhenti di sebelah kiri jalan dan kemudian singgah ke sebuah kedai di stesen minyak. Beli beberapa jenis makanan dan minuman. Antaranya ialah 400 gram roti putih yang berharga RM2.40. 

Jarak perjalanan pulang dari Hutan Lipur Sungai Chongkak ke rumah kami di Kajang ialah kira-kira 32 kilometer sahaja. Saya masih memandu Proton Exora di jalan raya. Keluar dari Jalan Hulu Langat dan masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang tadi.

Isteri saya keluar semula sebelum waktu Maghrib dan pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Dia sedang sambung belajar di peringkat Sarjana (Master) Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi. Kelas separuh masa pada waktu malam. Saya dan tiga orang anak berada di rumah sementara menunggunya pulang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.