Rabu, 1 Oktober 2014

Sup Ala Arab

Bahan-bahan untuk membuat Sup Ala Arab:
3 ulas bawang putih.
1 ulas bawang besar.
½ biji tomato.
1 biji kentang.
1 mangkuk stok kambing/ ayam.
1 sudu besar jintan putih.
Garam secukup rasa.
Sedikit daun ketumbar.
Lemon atau limau nipis/ kasturi.

Cara-cara membuatnya:
1-Rebus bawang putih, bawang besar, tomato, ½ biji kentang, stok dan jintan putih sehingga kentang empuk.
2- Kemudian kisar sehingga halus dan tapiskannya.
3- Panaskan kembali di atas api, tambahkan ½ biji kentang yang didadu, garam dan daun ketumbar.
4- Masak sehingga kentang empuk. Hidangkan bersama perahan lemon atau limau nipis/ kasturi.

Sup (syurbah) ini sesuai dimakan sebagai sup/ kuah tambahan bersama dengan pelbagai jenis nasi Arab.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam