Sabtu, 4 Oktober 2014

Restoran Mualaf, Taman Bistari

Raub, 04/10/2014 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami singgah ke sebuah restoran makanan Cina Muslim ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Sebelum ini, saya dan keluarga pernah beberapa kali makan serta minum di sini. Kami sampai ke Restoran Mualaf pada jam 1:15 petang untuk makan tengah hari. Jam 2:30 petang, kami beredar meninggalkan restoran berkenaan. Waktu urus niaga ialah pada hari Isnin hingga Sabtu. Jam 10:30 pagi hingga 4:30 petang (buka), jam 4:30 petang hingga 6:30 petang (rehat) dan jam 6:30 petang hingga 10:30 malam (buka). Hari Ahad (tutup).

Kami sekeluarga makan tengah hari di sini dengan memesan menu Ikan Patin Stim Asam (RM40.00), Tauhu 3 Jenis Cendawan (RM22.00), 2 pinggan Nasi Putih (RM3.20), 1 jag Jus Tembikai (RM13.00) dengan tambahan Keropok Udang Galah (RM3.50) dan Keropok Ikan (RM3.00). 2 pinggan nasi cukup untuk kami lima beranak dan 3 pinggan kosong turut disediakan. Lebihan makanan dibungkus supaya tidak membazir dan kami bawa pulang ke rumah emak saya di kampung.

Kami pulang ke kampung kerana esok (Ahad, 5 Oktober 2014) ialah Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban (A’idil Adha). Hujan banyak kali turun ketika kami dalam perjalanan tadi. Ketika makan di Restoran Mualaf, hujan juga sedang turun ketika itu. 

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Mualaf di Raub, alamatnya ialah:
No 1, Taman Bistari,
Jalan Tras,
27600 Raub,
Pahang.


Saya memandu Proton Exora dan beredar meninggalkan Taman Bistari. Kami singgah ke beberapa tempat lagi seperti pasar, masjid dan stesen minyak sebelum sampai ke rumah emak di kampung. Hujan kembali turun selepas kami tiba ke destinasi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.