Selasa, 14 Oktober 2014

Program Khemah Ibadah SK Peringkat Selangor 2014

Putrajaya, 14/10/2014 - Hari ini merupakan hari pertama saya berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor sebagai salah seorang Jurulatih Utama untuk mengendalikan Program Khemah Ibadah Murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2014.

Program dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 14, 15 dan 16 Oktober di masjid ini. Murid-murid yang terlibat berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk program kali ini. Ia melibatkan murid-murid SK dari sekolah rendah seluruh negeri Selangor yang berada di bawah sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu PPD Hulu Langat, PPD Klang, PPD Petaling Utama, PPD Petaling Perdana, PPD Kuala Langat, PPD Kuala Selangor, PPD Gombak, PPD Sabak Bernam, PPD Hulu Selangor dan PPD Sepang.

Antara jam 10:00 hingga 11:00 malam, saya telah memberikan ceramah berkenaan teori wuduk yang berkaitan dengan rukun-rukun dan sunat-sunat wuduk. Ketika itu, murid-murid peserta program berada di Dewan Sheikh Daud al-Fatoni. Program tamat pada malam ini dan akan disambung pada hari esok dan lusa.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.